Categories
Uncategorized

Pindaan beri kuasa lebih kepada JAS banteras pembuangan bahan mencemar

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dicadangkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bukan sekadar untuk meningkatkan jumlah penalti maksimum RM10 juta, malah memberi lebih kuasa kepada agensi itu untuk bertindak di luar waktu pejabat.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar, berkata penambahan kuasa itu penting kerana modus operandi pelaku pencemaran industri atau pihak tidak bertanggungjawab biasanya pada waktu tertentu, bagi mengabui pihak berkuasa dan orang ramai.

Katanya, melalui pindaan baharu ini penguat kuasa boleh melakukan penguatkuasaan bersasar yang lebih berkesan di luar waktu pejabat.

“Pihak tidak bertanggungjawab biasanya akan melepaskan pencemaran pada waktu malam atau ketika waktu cuti untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan oleh orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *