MANJUNG: “Apapun kawasan yang dilaporkan itu memang berlaku kerosakan alam dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga sudah memaklumkan ada ketidakpatuhan Laporan Penilaian Kesan Alam (EIA) oleh pihak berkaitan.”
Demikian kata Timbalan Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Ismady Radzuan, berhubung penafian sesetengah pihak bahawa tiada kerosakan air terjun berdekatan Hutan Simpan Segari Melintang akibat kegiatan kuari tanah.
