Jabatan Alam Sekitar telah melancarkan satu medium penyampaian maklumat iaitu Pusat Pengurusan Maklumat Alam Sekitar yang dikenali sebagai Enviro Knowledge Management Centre atau EKMC.
Pusat maklumat ini dibangunkan berkonsepkan sumber maklumat secara maya atau `digital library’ yang mengandungi pelbagai bahan-bahan penerbitan Jabatan Alam Sekitar seperti Laporan Tahunan, Laporan Kualiti Alam Sekeliling, Garis Panduan, buku, modul, keratan akhbar, majalah, brosur, risalah dan lain-lain yang boleh diakses secara mudah menerusi laman web https://enviro.doe.gov.my/ekmc/.
Dengan adanya penyediaan Enviro Knowledge Management Centre ini, adalah diharapkan masyarakat mendapat manfaat daripadanya dengan kemudahan untuk mengakses dan memperolehi bahan-bahan bacaan dan rujukan berkaitan alam sekitar.