Categories
Uncategorized

Kuari tetap menyebabkan kerosakan alam sekitar

MANJUNG: “Apapun kawasan yang dilaporkan itu memang berlaku kerosakan alam dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga sudah memaklumkan ada ketidakpatuhan Laporan Penilaian Kesan Alam (EIA) oleh pihak berkaitan.”

Demikian kata Timbalan Presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Ismady Radzuan, berhubung penafian sesetengah pihak bahawa tiada kerosakan air terjun berdekatan Hutan Simpan Segari Melintang akibat kegiatan kuari tanah.

Categories
Uncategorized

Kerajaan Perak akui 6 kuari dibenar beroperasi di Hutan Simpan Kekal Segari Melintang

MANJUNG: Kerajaan Perak mengakui sebanyak enam kuari beroperasi di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Segari Melintang di sini dengan semua pengusaha projek itu dikesan melanggar syarat kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).

Categories
Uncategorized

Pindaan beri kuasa lebih kepada JAS banteras pembuangan bahan mencemar

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang dicadangkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bukan sekadar untuk meningkatkan jumlah penalti maksimum RM10 juta, malah memberi lebih kuasa kepada agensi itu untuk bertindak di luar waktu pejabat.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Norlin Jaafar, berkata penambahan kuasa itu penting kerana modus operandi pelaku pencemaran industri atau pihak tidak bertanggungjawab biasanya pada waktu tertentu, bagi mengabui pihak berkuasa dan orang ramai.

Katanya, melalui pindaan baharu ini penguat kuasa boleh melakukan penguatkuasaan bersasar yang lebih berkesan di luar waktu pejabat.

“Pihak tidak bertanggungjawab biasanya akan melepaskan pencemaran pada waktu malam atau ketika waktu cuti untuk mengelakkan kegiatan mereka dikesan oleh orang ramai.

Categories
News

Environmental Knowledge Management Centre

Jabatan Alam Sekitar telah melancarkan satu medium penyampaian maklumat iaitu Pusat Pengurusan Maklumat Alam Sekitar yang dikenali sebagai Enviro Knowledge Management Centre atau EKMC.

Pusat maklumat ini dibangunkan berkonsepkan sumber maklumat secara maya atau `digital library’ yang mengandungi pelbagai bahan-bahan penerbitan Jabatan Alam Sekitar seperti Laporan Tahunan, Laporan Kualiti Alam Sekeliling, Garis Panduan, buku, modul, keratan akhbar, majalah, brosur, risalah dan lain-lain yang boleh diakses secara mudah menerusi laman web https://enviro.doe.gov.my/ekmc/.

Dengan adanya penyediaan Enviro Knowledge Management Centre ini, adalah diharapkan masyarakat mendapat manfaat daripadanya dengan kemudahan untuk mengakses dan memperolehi bahan-bahan bacaan dan rujukan berkaitan alam sekitar.